Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban SKKE 2010


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Sehubungan itu pihak sekolah tidak melepaskan peluang utk sama-sama membuat korban sempena sambutan Hari raya Korban 2010. Sebahagian daging diagih kepada pelajar yang layak dan sebahagian yang lain dimasak untuk jamuan semua warga SK Kg Endah. Sila klik sini: http://www.facebook.com/photo.php?id=100000790723369&pid=258435#!/album.php?aid=24897&id=100000790723369

Friday, November 12, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010


Majlis diadakan pada hari Jumaat 12 November 2010. YDP PIBG, En Masri B Samirun dijemput sebagai perasmi majlis tersebut. Pelbagai anugerah dan hadiah diberikan kepada para pelajar yang cemerlang. Beberapa anugerah khas diadakan bertujuan menghargai komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Anugerah Appresiasi Seni : Mohd Hanafie B Mohd Zaidi. Anugerah Kokurikulum : Luqman Hakim B Sukindar dan Tokoh NILAM dan Tokoh Pelajar disandang oleh Siti Khalisah Bt Azli. Dalam majlis yang sama pengumuman pelajar 5A UPSR 2010 iaitu Siti Khalisah Azli, Adawiyah Bt Raimey, Siti Nur Farhana Mohd Kusnan, Asma' Bt Toslan dan Iffah Bt Zamhari. Peratus pencapaian adalah 74.5%. Tahniah kepada semua guru atas usaha yang tidak pernah kenal putus asa. Terima kasih jua kepada Kelab Kebajikan Guru, Guru Besar, Pn Roslina Bt Othman dan En Aminuddin B Sarmiran atas sumbangan kepada semuapejara 5A UPSR. Semoga Allah membalas dengan lebih baik. Kepada semua guru..terima kasih atas usaha saling bekerjasama dan keprihatinan menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
Klik di sini untuk melihat pelbagai aksi hari kecemerlangan :   http://www.facebook.com/photo.php?id=100000790723369&pid=258435#!/album.php?aid=28909&id=100000794864198&fbid=161189093917585

Monday, November 1, 2010

DEMAM SUKAN KIAN TERASA...


Badan cergas minda cerdas. Cogankata ini menjadi pencetus semangat semua pelajar untuk sama-sama menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang kesukanan.Keadaan padang yang becak dan licin tidak mematahkan semangat para pelajar untuk terus bertanding. Pengurus-pengurus peserta turut sama memeriahkan suasana dengan mengatur strategi bagi memastikan juara adalah milik rumah masing masing.