Monday, October 25, 2010

Ekspedisi Jelajah Pantai 2010


Program ini telah berlangsung pada 23-24 Oktober 2010. Ekspedisi melibatkan 48 orang pelajar Tahun 6 dan 20 orang guru. Pihak sekolah mendapat  kerjasama penuh daripada 8 orang JPA kawasan Morib, Kawalan trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dibawah Unit Kawalan Trafik. Pelbagai acara diadakan antaranya bola baling pantai kalah mati, Istana pasir, Persembahan dikir barat, Program Khimat Bakti dan Permainan Galah Panjang. Majlis BBQ diadakan pada malam pertama hasil sumbangan ibu bapa, guru-guru dan orang perseorangan. Hujan yang turun pada malam ekspedisi menjadikan program lebih bermakna dengan penerapan bahawa hujan itu bukan untuk ditakuti tetapi untuk dinikmati. Untuk melihat gambar sekitar aktiviti sila klik  :  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=156379121065111&set=a.156379047731785.23449.100000790723369&ref=fbx_album#!/album.php?aid=23449&id=100000790723369

Monday, October 18, 2010

Mana arah qiblat ni..:(

Pening menentukan arah kiblat? Klik disini untuk jawapan:
http://www.al-habib.info/arah-kiblat/

Tahniah...daripada kami.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada PN ROSLINA BT OTHMAN, GURU BESAR SK KAMPONG ENDAH kerana telah memperoleh APC Negeri Selangor. Sesungguhnya kami berbangga denganmu...

Lawatan Ke Gua Tempurung


Lawatan dijalankan pada 9 Oktober 2010. Seramai 78 orang pelajar dan 10 orang guru berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Untuk lebih maklumat mengenai Gua Tempurung sila klik:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Tempurung

BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2010


Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu. Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi. Sehubungan itu Unit Kokurikulum SK Kampong Endah giat menjalankan pelbagai aktiviti bahasa sepanjang Bulan Oktober 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah syarahan, berbalas pantun, deklamasi sajak, syair dan pidato.