Monday, October 25, 2010

Ekspedisi Jelajah Pantai 2010


Program ini telah berlangsung pada 23-24 Oktober 2010. Ekspedisi melibatkan 48 orang pelajar Tahun 6 dan 20 orang guru. Pihak sekolah mendapat  kerjasama penuh daripada 8 orang JPA kawasan Morib, Kawalan trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dibawah Unit Kawalan Trafik. Pelbagai acara diadakan antaranya bola baling pantai kalah mati, Istana pasir, Persembahan dikir barat, Program Khimat Bakti dan Permainan Galah Panjang. Majlis BBQ diadakan pada malam pertama hasil sumbangan ibu bapa, guru-guru dan orang perseorangan. Hujan yang turun pada malam ekspedisi menjadikan program lebih bermakna dengan penerapan bahawa hujan itu bukan untuk ditakuti tetapi untuk dinikmati. Untuk melihat gambar sekitar aktiviti sila klik  :  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=156379121065111&set=a.156379047731785.23449.100000790723369&ref=fbx_album#!/album.php?aid=23449&id=100000790723369

No comments:

Post a Comment