Friday, December 10, 2010

IKHLAS???...Rupanya ikhlas itu indah...

ikhlasHujan rintik-rintik membasahi bumi, udara berhembus terasa segar. Seorang pemuda telah selesai menunaikan solat zuhur berjamaah di masjid. Pandangannya menyapu ke arah halaman masjid, tidak jauh darinya ada seorang perempuan tua yang duduk ditengah lapangan menarik perhatiannya. Tiba-tiba sebuah tas kecil dari tempat nenek itu terbang tertiup angin kencang. Segera pemuda itu memperhatikan teriakan nenek itu minta tolong, ingin tasnya diambilkan.
Merasa terpanggil pemuda itu segera berlari mengejar tas kecil, terlihat tas itu telah melesat jauh, dia berlari dengan terengah-engah kelelahan. Berlarilah pemuda itu sekuat tenaga dan tas kecil itu berhasil juga dipegangnya. Nampak keringat bercucuran, dengan hati penuh kebahagiaan dia berlari kecil mengantarkan tas kecil. Terlintas didalam hatinya lelah yang dirasakan tentunya akan disambut dengan senyuman dan ucapan terima kasih sang nenek sudah cukup sebagai balasan atas kebaikan yang telah dilakukannya.
Namun diluar didugaannya, sang nenek segera merebut tas kecil itu dan membalikkan tubuhnya dengan wajah yang cemberut, sepintas seperti marah. Pemuda terkejut bukan main. Jangankan senyuman dan ucapan terima kasih, wajah ramahpun tidak terlihat. Pemuda itu kebingungan. ‘Apa dosaku ya?’ ucapnya berbisik. Dia tak mampu bergerak, malu, kesal, kecewa tercampur aduk.
Berkali-kali pemuda istighfar, siang itu dirinya menemukan pelajaran yaitu makna ikhlas. Ya tentang keikhlasan. Keikhlasan bererti tidak pernah berharap apapun, bahkan balasan walaupun berupa senyuman dari yang kita perbuat. Lakukanlah segala perbuatan baik semata-mata karena Allah. Itulah yang disebut dengan ikhlas. Siang itu dihalaman masjid, pemuda itu mendapatkan pelajaran bahwa ikhlas itu indah.
‘Dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakan.’ (QS. At-Thuur : 21).


Read more: http://www.resensi.net/ikhlas-itu-indah/2010/10/#ixzz17lepEhuL

Thursday, December 9, 2010

BERMIMPI KE SYURGA???

Pernahkah Anda Mimpi ke surga
dreamartikel ini aku dapat dari yahoogrups exIPA 4 SMA 8 yogyakarta.
Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke surga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di surga.
Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat. Malaikat yang mengantarku berhenti di depan ruang kerja pertama dan berkata,”Ini adalah Seksi Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima”
Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang memilah-milah seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.
Kemudian,…. aku dan malaikat-ku berjalan lagi melalui koridor yang panjang. lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.
Malaikat-ku berkata, ”Ini adalah Seksi Pengepakan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya”
Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu. Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi.
Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada ujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil
Yang sangat mengejutkan aku,
hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun.
“Ini adalah Seksi Pernyataan Terima Kasih”, kata Malaikatku pelan. Dia tampak malu.
“Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?”, tanyaku.
“Menyedihkan”, Malaikat-ku menghela napas. “ Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih”.
“Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas Rahmat Tuhan?”, tanyaku.
“Sederhana sekali”, jawab Malaikat.”Cukup berkata, ’ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN,
Terima kasih, Tuhan’ “
“Lalu,rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku
Malaikat-ku menjawab,”Jika engkau mempunyai makanan di lemari es,Pakaian yang menutup tubuhmu,atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur,Maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.
“Jika engkau memiliki uang di bank, di dompetmu, dan uang-uang receh,
maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia. ”
“Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di blogmu,engkau adalah bagian dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu.”
Juga….”Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesehatan daripada kesakitan … engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.”
“Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yang amat sangat …. Maka, engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia”. ”
“Jika,…engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan religius tanpa ada ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian … M a k a,engkau lebih dirahmati daripada 3 milyar orang di dunia.”
“Jika,…orangtuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan …
Maka,….engkau termasuk orang yang sangat jarang.”
“Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka,…engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputusasaan.”
“Jika,..engkau dapat membaca pesan ini,maka engkau menerima rahmat ganda
yaitu bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa,engkau lebih dirahmati daripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali”.
Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat yang telah Allah anugerahkan kepadamu.
Dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua.
Yang terakhir, marilah kita beri pekerjaan malaikat yang bekerja di seksi peryataan terimakasih, dengan mengucap, “terima kasih ya Allah, atas semua limpahan rahmatmu

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Korban SKKE 2010


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Sehubungan itu pihak sekolah tidak melepaskan peluang utk sama-sama membuat korban sempena sambutan Hari raya Korban 2010. Sebahagian daging diagih kepada pelajar yang layak dan sebahagian yang lain dimasak untuk jamuan semua warga SK Kg Endah. Sila klik sini: http://www.facebook.com/photo.php?id=100000790723369&pid=258435#!/album.php?aid=24897&id=100000790723369

Friday, November 12, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2010


Majlis diadakan pada hari Jumaat 12 November 2010. YDP PIBG, En Masri B Samirun dijemput sebagai perasmi majlis tersebut. Pelbagai anugerah dan hadiah diberikan kepada para pelajar yang cemerlang. Beberapa anugerah khas diadakan bertujuan menghargai komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Anugerah Appresiasi Seni : Mohd Hanafie B Mohd Zaidi. Anugerah Kokurikulum : Luqman Hakim B Sukindar dan Tokoh NILAM dan Tokoh Pelajar disandang oleh Siti Khalisah Bt Azli. Dalam majlis yang sama pengumuman pelajar 5A UPSR 2010 iaitu Siti Khalisah Azli, Adawiyah Bt Raimey, Siti Nur Farhana Mohd Kusnan, Asma' Bt Toslan dan Iffah Bt Zamhari. Peratus pencapaian adalah 74.5%. Tahniah kepada semua guru atas usaha yang tidak pernah kenal putus asa. Terima kasih jua kepada Kelab Kebajikan Guru, Guru Besar, Pn Roslina Bt Othman dan En Aminuddin B Sarmiran atas sumbangan kepada semuapejara 5A UPSR. Semoga Allah membalas dengan lebih baik. Kepada semua guru..terima kasih atas usaha saling bekerjasama dan keprihatinan menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
Klik di sini untuk melihat pelbagai aksi hari kecemerlangan :   http://www.facebook.com/photo.php?id=100000790723369&pid=258435#!/album.php?aid=28909&id=100000794864198&fbid=161189093917585

Monday, November 1, 2010

DEMAM SUKAN KIAN TERASA...


Badan cergas minda cerdas. Cogankata ini menjadi pencetus semangat semua pelajar untuk sama-sama menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang kesukanan.Keadaan padang yang becak dan licin tidak mematahkan semangat para pelajar untuk terus bertanding. Pengurus-pengurus peserta turut sama memeriahkan suasana dengan mengatur strategi bagi memastikan juara adalah milik rumah masing masing.

Monday, October 25, 2010

Ekspedisi Jelajah Pantai 2010


Program ini telah berlangsung pada 23-24 Oktober 2010. Ekspedisi melibatkan 48 orang pelajar Tahun 6 dan 20 orang guru. Pihak sekolah mendapat  kerjasama penuh daripada 8 orang JPA kawasan Morib, Kawalan trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dibawah Unit Kawalan Trafik. Pelbagai acara diadakan antaranya bola baling pantai kalah mati, Istana pasir, Persembahan dikir barat, Program Khimat Bakti dan Permainan Galah Panjang. Majlis BBQ diadakan pada malam pertama hasil sumbangan ibu bapa, guru-guru dan orang perseorangan. Hujan yang turun pada malam ekspedisi menjadikan program lebih bermakna dengan penerapan bahawa hujan itu bukan untuk ditakuti tetapi untuk dinikmati. Untuk melihat gambar sekitar aktiviti sila klik  :  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=156379121065111&set=a.156379047731785.23449.100000790723369&ref=fbx_album#!/album.php?aid=23449&id=100000790723369

Monday, October 18, 2010

Mana arah qiblat ni..:(

Pening menentukan arah kiblat? Klik disini untuk jawapan:
http://www.al-habib.info/arah-kiblat/

Tahniah...daripada kami.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada PN ROSLINA BT OTHMAN, GURU BESAR SK KAMPONG ENDAH kerana telah memperoleh APC Negeri Selangor. Sesungguhnya kami berbangga denganmu...

Lawatan Ke Gua Tempurung


Lawatan dijalankan pada 9 Oktober 2010. Seramai 78 orang pelajar dan 10 orang guru berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Untuk lebih maklumat mengenai Gua Tempurung sila klik:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Tempurung

BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2010


Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu. Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi. Sehubungan itu Unit Kokurikulum SK Kampong Endah giat menjalankan pelbagai aktiviti bahasa sepanjang Bulan Oktober 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah syarahan, berbalas pantun, deklamasi sajak, syair dan pidato.

Thursday, August 19, 2010

baca@Ramadhan


Para pelajar Sk Kg Endah mengambil peluang menjayakan program ini dengan aktiviti membaca. Pelajar-pelajar sekalian... 

Apa Manfaat Buku Sebenarnya...

Banyak yang mengatakan buku adalah jendela dunia. Betul sekali, buku adalah jendela dunia. Dengan membuka buku bermaksud anda membuka jendela dunia. Anda boleh sahaja melihat keluar, sesuatu yang baru atau pemandangan yang berbeza dengan apa yang ada di rumah kita. Yang dimaksud rumah adalah fikiran kita saat ini. Sebahagian orang mengatakan bahwa dengan membaca sebuah buku bererti kita membuka cakerawala.
Membaca buku adalah kita menyelami dunia lain, yaitu sebuah dunia yang ada di dalam pikiran orang lain. Sementara setiap orang memiliki dunia masing-masing. Dengan membaca buku kita akan menyelami berbagai dunia orang lain yang akan memberikan kita kebijaksanaan yang lebih mendalam dalam menghadapi hidup.

Tidak ada, satu buku pun yang pernah ditulis di dunia yang tidak membawa manfaat. Setiap buku akan membawa manfaat kepada kita jika kita mampu menangkap makna dan hikmah. Jika kita masih kesulitan menangkap makna dan hikmah dari suatu buku, bererti kita harus meningkatkan keterbukaan fikiran kita. Hikmah dan makna sebuah buku tidak akan masuk ke dalam fikiran yang tertutup.
Satu-satunya buku yang tidak membawa manfaat adalah buku yang tidak pernah kita baca. Sekali kita membaca buku, maka makna dan hikmah buku tersebut boleh masuk ke dalam fikiran kita jika fikiran kita terbuka. Anda adalah salah seorang yang memiliki fikiran terbuka, saya yakin. Sebab Anda mampu membaca artikel ini sampai pada paragraf ini. Ini bererti, Anda akan mampu menerima makna dan hikmah dari buku manapun yang Anda baca. Selamat Membaca.....

.

Bacaan Yasin Dan Bingkisan Ramadhan


Bacaan Yasin dan tazkirah  20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan 1431H diadakan untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadhan penuh keberkahan. Semua warga Sk Kg Endah berkumpul seawal 7.30 pagi di dataran perhimpunan. Ustaz Ahmad Salehuddin B Shafie mengimami bacaan yasin pada hari tersebut manakala Ustazah Rohaidah Bt Ab Halit dan Pn Siti Roselina Bt Mohd Nasir menyampaikan Bingkisan Ramadhan untuk santapan rohani semua warga Sk Kg Endah.

Tuesday, August 17, 2010

PEPERIKSAAN DATANG LAGI..

Bermula 17 Ogos 2010 sehingga 19 Ogos 2010 semua pelajar SK Kg Endah menghadapi Ujian Bulanan 2. Kepada ibubapa sila pastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran yang telah diajar. Jangan dilupa juga peralatan untuk menulis agar anak-anak dapat menjawab dengan yakin dan bersemangat. Kepada pelajar Tahun 6..teruskan perjuangan anda. Di sini  terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama.

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.



a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.


Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.


Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.


Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.


Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.



Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.



Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel



Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.



Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.



c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.



Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.



Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.



6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan



Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.



7. Berdoa dan bertawakal



Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.



Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.



Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…

Monday, August 16, 2010

PELANCARAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53

 Pelancaran Kemerdekaan Negara ke-53 telah diadakan pada 16 Ogos 2010 bermula pada jam 7.40 pagi. Bertempat di dataran perhimpunan, warga SK Kg Endah dengan penuh semangat menyanyikan lagu-lagu patriotik antaranya Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Lagu 1 Malaysia. Persembahan Khas dibawakan oleh peserta koir Sanggar Budaya dibawah pimpinan En Mohd Sarif B Nan dan persembahan deklamasi sajak oleh Pn Nor Shamilah Bt Hj Taib...Kepada pengunjung bolg diucapkan ...SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAN KE-53...

Klik disini untuk lebih informasi :
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php
http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm

Thursday, August 12, 2010

Biarlah yang bertelekung bersolat dirumah saja...jom ke masjid!

Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka.

Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).
Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)
Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani Israil.”
Di dalam bulan Ramadhan nanti, (terutamanya pada awal bulan) kita dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai solat sendiri di rumah dan tidak hafal bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat tersebut. Ada juga yang kata, “Senang solat kat masjid, kita cuma baca Fatihah jer……….., dapat jumpa kawan……….”
Cara mengerjakan solat tarawih sebenarnya mudah saja. Ia dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi SAW tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Jihaadukunna fii baitikunna – jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumahtangga kamu”
Wahai kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran Rasulullah SAW. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara beribadah, beraqidah dan berakhlak. Mohon maaf jika terlanjur bicara. Moga ada manfaatnya. Wassalam.
Rujukan:
1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan
2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.
3. 3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
3. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:
3.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
3.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
3.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
3.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
3.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
3.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
3.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
3.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
3.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa

MASYRU'IYAT PUASA RAMADHAN

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

1. Puasa Ramadhan hukumnya Fardu `Ain
2. Puasa Ramadhan disyari'atkan bertujuan untuk menyempurnakan ketaqwaan

KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAN KEUTAMAAN BERAMAL DIDALAMNYA

1. Bulan Ramadhan adalah:
a. Bulan yang penuh Barakah.
b. Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
c. Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
d. Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
e. Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri.

2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :

a. Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
b. Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
c. Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah.

RUKUN PUASA

a. Berniat sejak malam hari
b. Menahan makan, minum, koitus (Jima') dengan istri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari (Maghrib),

Wanita yang sedang haidh dilarang puasa sampai habis masa haidhnya, lalu melanjutkan puasanya. Di luar Ramadhan ia wajib mengqadha puasa yag ditinggalkannya selama dalam haidh.

YANG DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK PUASA RAMADHAN

Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha di bulan lain, mereka itu ialah :
a). Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
b) Orang yang bepergian ( Musafir ). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.

Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena :
a). Umurnya sangat tua dan lemah.
b). Wanita yang menyusui dan khawatir akan kesehatan anaknya.
c). Karena mengandung dan khawatir akan kesehatan dirinya.
d). Sakit menahun yang tidak ada harapan sembuh.
e). Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan.

HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA

a. Sengaja makan dan minum di siang hari. Bila terlupa makan dan minum di siang hari, maka tidak membatalkan puasa.
b. Sengaja membikin muntah, bila muntah dengan tidak disengajakan, maka tidak membatalkan puasa.
c. Dengan sengaja menyetubuhi istri di siang hari Ramadhan, ini disamping puasanya batal ia terkena hukum yang berupa : memerdekakan seorang hamba, bila tidak mampu maka puasa dua bulan berturut-turut, dan bila tidak mampu, maka memberi makan enam puluh orang miskin.
d. Datang bulan di siang hari Ramadhan ( sebelum waktu masuk Maghrib)

HAL-HAL YANG BOLEH DIKERJAKAN WAKTU IBADAH PUASA

a. Menyiram air ke atas kepala pada siang hari karena haus ataupun udara panas, demikian pula menyelam kedalam air pada siang hari.
b. Menta'khirkan mandi junub setelah adzan Shubuh.
c. Berbekam pada siang hari.
d. Mencium, mencumbu istri tetapi tidak sampai bersetubuh di siang hari (hukumnya makruh)
e. Beristinsyak (menghirup air kedalam hidung) terutama bila akan berwudhu, asal tidak dikuatkan menghirupnya.
f. Disuntik di siang hari.
g. Mencicipi makanan asal tidak ditelan.

ADAB-ADAB PUASA RAMADHAN
1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib.
Sunnah berbuka adalah sbb :
a. Disegerakan yakni sebelum melaksanakan shalat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti rutob (kurma muda), kurma dan air saja, setelah itu baru melaksanakan shalat.
b. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan shalat dahulu.
c. Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Artinya : "Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah."

2. Makan sahur. Adab-adab sahur :
a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Shubuh.
b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Shubuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Shubuh.

3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bershadaqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-qur'an
4. Menegakkan shalat malam/shalat Tarawih dengan berjama'ah. Dan shalat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan). Cara shalat Tarawih adalah :
a. Dengan berjama'ah.
b. Salam tiap dua raka'at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at.
c. Dibuka dengan dua raka'at yang ringan.
d. Bacaan dalam witir : Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika. Roka't kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad.
e. Membaca do'a qunut dalam shalat witir.

5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Yaa Allah Engkaulah pengampun, suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.
6. Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir.
7. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.

Monday, August 9, 2010

Minggu Pusat Sumber

Minggu Pusat Sumber telah berlangsung pada 26 - 30 Julai 2010. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya jejak maklumat, ketahanan fizikal, kuiz, sukaneka dan kemahiran berbahasa. Minggu Pusat Sumber ditutup dengan rasminya oleh Pn Ros'anna Bt Mohd Ayob (GPK KokurikulumSK Kg Endah). Terima kasih semua...

baca@Ramadhan

Sempena meraikan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini Pusat Sumber SK Kg Endah akan menganjurkan Program baca @Ramadhan. Sasaran adalah kepada semua warga SKKE. Program ini berlangsung pada waktu pagi bermula jam 7.15 pagi dan 10.10 pagi (waktu rehat). Buku adalah sumbangan Perpustakaan Desa Kg Endah. Selamat membaca...