Monday, October 18, 2010
Tahniah...daripada kami.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Sehubungan itu, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada PN ROSLINA BT OTHMAN, GURU BESAR SK KAMPONG ENDAH kerana telah memperoleh APC Negeri Selangor. Sesungguhnya kami berbangga denganmu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment