Monday, October 18, 2010
BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2010
Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu. Timbalan perdana menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi. Sehubungan itu Unit Kokurikulum SK Kampong Endah giat menjalankan pelbagai aktiviti bahasa sepanjang Bulan Oktober 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah syarahan, berbalas pantun, deklamasi sajak, syair dan pidato.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment