Thursday, August 19, 2010
baca@Ramadhan
Para pelajar Sk Kg Endah mengambil peluang menjayakan program ini dengan aktiviti membaca. Pelajar-pelajar sekalian...
Apa Manfaat Buku Sebenarnya...
Banyak yang mengatakan buku adalah jendela dunia. Betul sekali, buku adalah jendela dunia. Dengan membuka buku bermaksud anda membuka jendela dunia. Anda boleh sahaja melihat keluar, sesuatu yang baru atau pemandangan yang berbeza dengan apa yang ada di rumah kita. Yang dimaksud rumah adalah fikiran kita saat ini. Sebahagian orang mengatakan bahwa dengan membaca sebuah buku bererti kita membuka cakerawala.
Membaca buku adalah kita menyelami dunia lain, yaitu sebuah dunia yang ada di dalam pikiran orang lain. Sementara setiap orang memiliki dunia masing-masing. Dengan membaca buku kita akan menyelami berbagai dunia orang lain yang akan memberikan kita kebijaksanaan yang lebih mendalam dalam menghadapi hidup.
Tidak ada, satu buku pun yang pernah ditulis di dunia yang tidak membawa manfaat. Setiap buku akan membawa manfaat kepada kita jika kita mampu menangkap makna dan hikmah. Jika kita masih kesulitan menangkap makna dan hikmah dari suatu buku, bererti kita harus meningkatkan keterbukaan fikiran kita. Hikmah dan makna sebuah buku tidak akan masuk ke dalam fikiran yang tertutup.
Satu-satunya buku yang tidak membawa manfaat adalah buku yang tidak pernah kita baca. Sekali kita membaca buku, maka makna dan hikmah buku tersebut boleh masuk ke dalam fikiran kita jika fikiran kita terbuka. Anda adalah salah seorang yang memiliki fikiran terbuka, saya yakin. Sebab Anda mampu membaca artikel ini sampai pada paragraf ini. Ini bererti, Anda akan mampu menerima makna dan hikmah dari buku manapun yang Anda baca. Selamat Membaca.....
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah kerana telah berjaya menghasilkan blog pusat sumber sekolah. Sesungguhnya, membaca dapat membuka minda dan pengetahuan dapat ditambahkan. Teringat pula zaman sekolah dulu, ada minggu pusat sumber, kami semua digalakkan membaca dan siapa baca paling banyak buku,dapat hadiah. Hehe.
ReplyDelete